

Kita sering mendongak megah mengira nilai aset, harga kereta mewah, ansuran rumah, dan pulangan pelaburan. Namun, pernahkah kita duduk sebentar dan menghitung impak kewangan serta emosi yang ditinggalkan jika kita tiba-tiba... tiada lagi di dunia ini?
Menyedari hakikat bahawa ramai pemandu sering mengambil mudah soal keselamatan, Volvo Car Malaysia dengan kerjasama Mr Money TV melancarkan Kalkulator Selamat.
Bukan sekadar alat pengira digital biasa, platform refleksi interaktif ini direka untuk memberi 'tamparan kesedaran' tentang betapa peritnya sebuah kehilangan dan bebanan berat yang bakal dipikul oleh insan tersayang.
"Bagaimana Jika Ucapan 'Selamat' Hari Ini Adalah Yang Terakhir?"Selamat Calculator mencabar pemandu dengan satu soalan yang cukup berat: Apakah yang akan terjadi jika anda tidak lagi sempat mengucapkan, atau membalas ucapan "Selamat" untuk selamanya?
Melalui siri soalan interaktif yang merangkumi umur, kerjaya, pendapatan, tanggungan, dan gaya hidup, platform ini akan menjana profil risiko keselamatan individu. Anda akan dikategorikan kepada salah satu daripada 4 fasa kehidupan ini:
Tulang Belakang Keluarga – Penyelamat ekonomi isi rumah.
Rakan Hidup dalam Perkahwinan – Pasangan yang berkongsi impian.
Individu Solo & Bebas – Jiwa muda dengan masa depan yang cerah.
Pendaki Kerjaya – Mereka yang sedang gigih membina empayar hidup.
Lebih daripada sekadar angka, kalkulator ini menterjemahkan impak nyata—daripada beban hutang yang terpaksa ditanggung keluarga, sehinggalah impian masa depan yang berkubur begitu sahaja akibat kealpaan di jalan raya.
"Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa anda, namun ada kalanya kita alpa dan mengambil mudah soal keselamatan. Selamat Calculator bukanlah dicipta untuk meletakkan tanda harga pada sebuah nyawa.
"Ia bertindak sebagai peringatan mesra agar kita lebih menghargai nilai kehadiran kita di dunia ini, dan apa yang mungkin hilang jika kita tiada. Kerana nilai sebenar 'Selamat' itu tidak diukur dengan harta benda, tetapi menerusi insan-insan yang kita sayangi serta pencapaian yang kita bina., — Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia.
Daripada Undang-Undang Kepada Tanggungjawab BersamaPelancaran kalkulator ini merupakan sebahagian daripada kempen Selamat oleh Volvo, yang turut disusuli dengan acara fizikal Selamat Driving Experience pada 16 hingga 17 Mei 2026.
Misi Volvo jelas: mengubah persepsi keselamatan jalan raya daripada sekadar 'kepatuhan undang-undang' yang membosankan, kepada satu tanggungjawab bersama demi orang yang tersayang. Kerana pada akhirnya, destinasi paling penting bagi setiap pemandu adalah perjalanan pulang ke rumah.
Sila Ambil Masa 5 Minit Demi Orang Tersayang:Uji profil risiko anda hari ini dan ketahui nilai sebenar keselamatan anda:
Akses Kalkulator: volvocarmalaysia.com/selamat
Info Acara Pandu Uji: volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience
Ikuti Perkembangan: Facebook (bit.ly/VolvoMY-FB) & Instagram (bit.ly/VolvoMY-IG)
