“Bagaimana ke tandas?” Aksi wanita berkuku panjang makan nasi tular

8 Sep 2022 • 2:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERKUKU panjang adalah salah satu ekspresi bagi wanita mempercantikkan diri, terutamanya sejak pengilat kuku dan pelbagai perhiasan kuku diciptakan.

Pun begitu, kuku adalah salah satu lambang kebersihan diri. Selain wajah dan rambut, ia menjadi perhatian wanita untuk tampil cantik dan berkeyakinan.

Soal kebersihan kuku tidak kurang pentingnya kerana ia berkaitan dengan kebersihan. Jika mengikut sunnah dalam agama Islam, dianjurkan memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Malah terdapat kajian menyatakan bahawa individu wajar memotong kuku sebanyak satu atau dua kali dalam masa seminggu bertujuan memastikan kuku sentiasa berada pada kepanjangan yang ideal. Lebih-lebih lagi ia mudah menjadi tempat pengumpulan kotoran dan kuman.

Namun menerusi sebuah video tular ini seorang wanita yang juga pengguna TikTok, Dewi Yahaya ‘selamba’ mempamerkan aksi menyuap nasi menggunakan tangan.

image is not available

Apa yang menarik perhatian warga maya ialah kukunya yang sangat panjang, bahkan lebih panjang daripada jarinya!

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan meraih lebih 29 juta tontonan. Tidak hanya kuku tangan, kuku kakinya juga turut dibiarkan panjang.

image is not available

Warga maya rata-rata terkesima melihat aksi wanita berkenaan dan memberikan pelbagai respons. Rata-rata mempersoalkan tentang kebersihan dan perihal bersuci.

-”Dalam Islam kita tidak boleh membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Maaf jika silap, yang ini tidak tahu berapa lama tidak dipotong.”

-”Bagaimana untuk berwuduk untuk solat?”

-”Bagaimana lah agaknya pengurusan dirinya seharian, kenapalah menyusahkan diri dengan keadaan begini?”

-Cuma ingin mengingatkan kuku itu banyak sekali bakteria yang menempel. Kalau pun mahu simpan panjang, makan gunakan sudu dan gapu lebih bagus.”

image is not available

Menurut seorang profesor biologi di Universiti Amerika, Jeffrey Kaplan, bahagianbawah kuku adalah tempat kebanyakan bakteria hidup.

“Semakin panjang kuku, semakin luas permukaan untuk mikroorganisma melekat. Kajian telah menemui 32 bakteria berbeza dan 28 kulat berbeza di bawah kuku,” katanya kepada USA Today.

image is not available

Bakteria berkenaan boleh memasuki sistem tubuh manusia menerusi perbuatan menggaru, menggigit kuku, mengorek hidung atau menghisap jari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan