Bagaimana Malaysia mampu hasilkan kapal hilang dari radar

LocalPolitics
7 Aug 2022 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BELALANG menarik nafas panjang apabila membaca kenyataan bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung kekecewaan beliau ke atas tatacara perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sebagai end user, segala teguran dan pendiriannya mengenai projek berkenaan tidak diendah dan didengar bukan sahaja oleh Kementerian Pertahanan malah pucuk pimpinan daripada menteri sehinggalah kepada Perdana Menteri. Pendedahan dibuat oleh Abdul Aziz itu terdapat dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada Khamis. Menurut Abdul Aziz, teguran melalui surat rasmi itu diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri. Baca laporan penuh artikel ini di Sinar Premium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved