“Bagi Dia Cakap..” – Netizen Terharu Lihat Lee Dongwook Jaga Song Jihyo

Music
17 Dec 2023 • 2:31 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan seorang yang tak banyak bercakap dan lebih senang memerhati.

Terbaru, Yoo Jae-suk telah menghoskan majlis anugerah pertaam untuk rancangannya iaitu “Pinggyego”. Antara tetamu yang hadir islah Ji Suk-jin, Song Ji-hyo, Hong Jin-kyung, Oh Na-ra, Lee Mi-joo, Lee Dong-wook dan ramai lagi.

Semasa Yoo Jae-suk berbicara, Lee Dong-wook mencelah dan berkata,

Song Ji-hyo belum bersuara lagi, bagi peluang dia berkata-kata.

Respon hos itu,

Sekejap lagi, dia akan tiba-tiba mencelah. Song Ji-hyo sebenarnya seorang yang pendiam.

Balas Song Ji-hyo,

Jangan kisahkan saya.

Tambah Lee Dong-wook lagi,

Saya nampak sebelah wajahnya dan saya nampak dia asyik mengelamun.

Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa teruja melihat sahabat karib itu kembali bersatu setelah sekian lama. Malah Song Ji-hyo juga berkata dia gembira hadir ke episod kali ini memandangkan dia dapat berjumpa dengan Lee Dong-wook.

Comel~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.