“Bagi Kami Tatap Dia Buat Kali Terakhir, Dah Terima Hakikat..” – Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India

28 Aug 2024 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hingga ke hari ini mangsa wanita India yang terjatuh dalam tanah jerlus di jalan Masjid India masih belum ditemui lagi.

Susulan masih belum ditemui, keluarga mangsa cuma berharap agar dapat menatap wajah mangsa buat kali terakhir dan hal itu dikongsikan oleh Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Appiasamy selepas bertemu dengan keluarga mangsa.

image is not available

Kata Arvend, keluarga mangsa sudah terima hakikat dengan insiden yang berlaku kepada wanita warga India itu dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Itu cukup sedih untuk dengar.. Mereka sudah sedia apa-apa sahaja situasi.

image is not available

Berkongsi lanjut mengenai perkara ini, ahli keluarga mangsa secara peribadi meminta untuk memberi ‘push factor’ kepada pihak berkuasa bagi mempercepatkan misi pencarian.

image is not available 2 days ago

Longkang Runtuh! Lepas Masjid India, Kampung Kerinchi Pula Berlubang Besar