Bagi Memudahkan Orang Ramai Senang Faham & Belajar, Pelajar UM Cipta Aplikasi ‘KelantanLingo’

LocalTechnology
26 Jun 2025 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan Malaysia merupakan negara yang sangat unik kerana mempunyai pelbagai bangsa serta agama, selain ‘mewah’ dengan budaya dan adat.

Disebabkan itu, tidak pelik Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak dialek, malah ada juga dialek di mana rakyat negara ini sendiri belum fasih contohnya seperti dialek Kelantan.

Cipta aplikasi KelantanLingo

Sedar mengenai perkara ini, sekumpulan pelajar Universiti Malaysia (UM) telah menghasilkan aplikasi pembelajaran interaktif bernama ‘KelantanLingo’.

Difahamkan, aplikasi tersebut direka sebagai alat pembelajaran untuk orag ramai lebih mudah memahami serta menggunakan dialek Kelantan.

Salah seorang pelajar yang terlibat dalam projek tersebut iaitu Alya berkata aplikasi ini bersifat interaktif, malah mesra pengguna.

Netizen luah rasa kagum

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut meluahkan rasa kagum dengan idea pelajar tersebut.

Untuk info ramai, projek berkenaan diperkenalkan sewaktu acara UM UG Fest 2025 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Jun di Dewan Tengku Canselor Universiti Malaya.

image is not available 7 months ago

Bagi Mudahkan Pergi Ke Sekolah, Ibu Bapa Mohon Kelonggaran Buat Anak-Anak Guna Pangkalan Haram Di Sungai Golok