“Bagi Mereka Anugerah” – Mengghairahkan, Babak Song Kang & Kim Yoojung Berciuman Tular

Entertainment
19 Dec 2023 • 12:18 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai kan yang tengah layan drama “My Demon” sekarang?

Terbaru, SBS telah memuat naik video adegan ciuman antara Kim Yoo-jung dan Song Kang dalam episod 8 drama tersebut di YouTube, berjaya meraih 1 juta tontonan hanya dalam satu hari selepas ianya dimuat naik.

Khususnya dalam babak itu, Do-hee (Kim Yoo-jung) berasa kecewa kerana orang yang disayanginya sering tercedera kerana dia dan menyatakan ketakutannya bahawa Gu-won (Song Kang) juga akan mati kerana dia.

Tidak mahu hubungan mereka berakhir seperti ini, Gu-won terus mendekati wanita itu dan menciumnya.

Menerusi ruangan komen, netizen memuji keserasian antara kedua pelakon itu dan menulis,

Tolong berikan mereka anugerah pasangan terbaik di Anugerah Drama SBS 2023, kerana chemistry mereka benar-benar seperti pasangan sebenar.

 

Saya harap mereka berlakon bersama lagi dalam drama lain, keserasian mereka omg.

 

Ini salah satu adegan ciuman terbaik pada tahun 2023. Ia sangat ghairah dan percikan air menambah romantisme adegan itu.

 

Ini adalah episod terbaik. Mereka kelihatan seperti pasangan sebenar.

Memang mantap keserasian mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.