Bagi Pelajar B40, Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma Di Universiti Awam

5 Jun 2023 • 7:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebanyak 8 UA telah terpilih sebagai perintis iaitu UKM, UPM, UTM, UPSI, UMS, USIM UMP dan UniMAP

Bagi Pelajar B40, Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma Di Universiti Awam. Seramai 10,000 pelajar dari kumpulan B40 yang menjadi generasi sulung keluarga mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi akan terkecuali daripada membayar yuran di universiti awam.

Ini adalah melalui Program Pembangunan Siswa Sulung (Sulung) yang diperuntukkan sebanyak RM30 juta pada tahun ini.

image is not available
Bagi Pelajar B40, Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma Di Universiti Awam

SULUNG turut menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk derma siswa

Program Pembangunan Siswa Sulung merupakan insiatif yang diperkenalkan KPT bertujuan untuk memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian di menara gading kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 tetapi kurang berkemampuan.

SULUNG turut menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk derma siswa merangkumi yuran pengajian, yuran-yuran berkaitan, serta bantuan Elaun Sara Hidup dan bantuan komputer riba kepada penerima.

image is not available

Mereka dikecualikan sepenuhnya bayaran yuran pengajian

“Inisiatif khas ini dikenali sebagai Program Pembangunan Siswa Sulung atau ringkasnya Sulung dan telah dimulakan pada tahun lalu.

“Mereka yang dikenal pasti ini akan dikecualikan sepenuhnya bayaran yuran pengajian,” kata Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin.

“Semoga dengan inisiatif ini, wakil pertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki IPT akan dapat mengikuti pengajian tinggi dengan selesa, tenang dan berprestasi tinggi,” tambah Khaled.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: