“Bagi Ruang Dan Masa Supaya Berjalan Lancar”, Izreen Azminda Maklum Kes Mahkamah Hampir Selesai

25 Nov 2023 • 12:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda, tampil memberi kenyataan selepas namanya dikaitkan dengan satu video menangis Intan Salleh yang tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Izreen menyatakan urusan mahkamah bersama pihak berkenaan sudah hampir selesai.

Malah, aktres itu juga berkata dia bakal mengeluarkan kenyataan rasmi demi menjernihkan keadaan supaya tiada isu berbangkit atau kes salah faham yang berterusan lagi.

Assalamualaikum, memandangkan ramai sangat yang dm berkenaan isu yang dibangkitkan sekarang. Apa yang saya boleh katakan, kes mahkamah hampir selesai. Once dah selesai, kita akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Insya-Allah, supaya tidak ada lagi salah faham atau cerita yang tidak elok untuk didengar mahupun ditokok tambah atau sengaja diadakan.

Izreen juga memaklumkan dia berharap agar ramai pihak boleh memberikan ruang kepadanya supaya segala urusan dapat berjalan lancar.

Harap semuanya bersabar dan tidak saling menunding jari dan terus menghukum seperti yang telah berlaku sejak 2017 hingga 2023. Jadi saya memohon doa dari anda semua agar urusan ini dapat diselesaikan dengan baik. Bagi ruang dan masa supaya ianya berjalan lancar, Insya-Allah.

Sebelum ini, Intan pernah memuat naik video menangis teresak-esak apabila namanya masih dikatakan belum move on sehingga kerjaya dan pendapatan suamianya menjadi pertikaian.

Terdahulu, pelakon Izreen Azminda pernah ‘berperang’ mulut bersama bekas madunya, Intan Saleh di Instagram Story.

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7304899545769495816?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778