Bagi Semangat Pada Anak, Ibu Sanggup Sertai Rentas Desa Di Sekolah [Video]

23 Apr 2024 • 6:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap sekolah pasti akan menganjurkan aktiviti sukan untuk memastikan para pelajar aktif dan mempunyai kesihatan yang baik.

Sebagai contoh ketika ini kebanyakan sekolah di Malaysia sedang mengadakan aktiviti merentas desa.

Bergelar seorang ibu bapa pastinya kita tidak mahu ketinggalan untuk memberikan sokongan dan berharap mereka dapat melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.

Ibu sertai program merentas desa sekolah anak untuk bagi sokongan

Baru-baru ini, tular kisah seorang ibu yang sanggup menyertai aktiviti anaknya merentas desa di sekolah untuk memberikan semangat pada pelajar berkenaan.

Menerusi video yang tular di laman X, kelihatan si ibu berlari sambil memegang kamera bersama dengan anak yang dikenali sebagai Adam.

Malah di dalam video itu juga kedengaran si ibu memanggil pelajar sekolah rendah itu untuk berlari dengan cepat.

Dia juga memberi arahan agar anaknya itu melalui laluan yang mudah untuk memecut pelajar lain yang turut menyertai aktiviti tersebut.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, si ibu dilihat berlari sambil memakai pakaian muslimah bersama seluar untuk berlari bersama Adam.

Si ibu memang seorang yang aktif sertai program larian

Menerusi semakan kami di akaun TikTok ibu adam iaitu @ninja_1984 dapat dilihat wanita ini sememangnya aktif dalam sukan larian.

Malah dia juga turut menyertai beberapa lagi program larian yang dianjurkan di luar. Dalam video yang dikongsikan si ibu, Adam turut berjaya mendapat nombor satu dan menerima medal dalam aktiviti larian merentas desa itu.

“Terima kasih kepada semua cikgu Sekolah Kebangsaan Batu Belah (SKBB), Klang kerana menjayakan program merentas desa,” kata si ibu.

Melihat di ruangan komen, ramai yang seronok dengan perkongsian dan semangat si ibu yang turut turun padang bagi memberi sokongan kepada anak.

“Kalau aku sekolah rendah dulu ada mak cik macam ni join, mesti aku lari laju…”

image is not available

“Semangat sebab ada kamera ni, apa pun usaha yang bagus. Bagus bagi budak-budak ni aktif”

image is not available