“Baguslah Tu Memang Brain Lagi Penting”- Fattah Amin Lebih Memilih Wanita Bijak Berbanding Cantik

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 11:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon terkenal Fattah Amin telah menarik perhatian warga maya apabila memilih wanita bijak berbanding cantik.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @hanumsubri, terlihat Fattah yang duduk bersilang kaki di atas kerusi sedang menjawab soalan yang ditanya.

Beauty or brain

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin telah diminta untuk memilih satu jawapan yang menggambarkan dirinya.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan jawapan yang dipilih pelakon itu kerana pelakon tersebut dikatakan lebih berminat dengan wanita bijak berbanding cantik.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mengatakan mereka mempunyai persamaan dengan Fattah kerana telah memilih jawapan yang sama dalam permainan tersebut.

#OhmediaNasihat

Kecantikan bukan sekadar luaran, tetapi kebijaksanaan yang mencerminkan keperibadian seseorang. Pilihan untuk menghargai wanita bijak menunjukkan nilai yang mendalam dalam diri seseorang. Jadi, ingatlah bahawa daya tarikan sebenar datang dari hati dan akal yang cerdas.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: @hanumsubri