“Bagusnya..” – Kongsi Video Disebalik Tabir, Cha Eunwoo Dipuji Peminat Dek Tak Tahu Merokok

Music
16 Mar 2024 • 12:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Cha Eun-woo dikenali ramai sebagai seorang pelakon serta penyanyi yang berbakat. Malah, wajah kacaknya juga sentiasa menjadi idaman peminat di seluruh dunia.

Pada Februari lalu, ahli kumpulan ASTRO itu telah mengeluarkan album solo pertamanya, “Entity” dan ianya telah membuatkan peminat teruja dengan imej baru yang dibawakan oleh Cha Eun-woo.

Keterujaan itu semakin menjadi-jadi selepas video teaser kemunculan solonya dimuat naik di YouTube. Di mana, penyanyi itu telah dilihat duduk di dalam satu kereta usang sambil menghisap sebatang rokok.

Namun begitu, selepas video disebalik tabir dikongsi, Cha Eun-woo didapati telah meminta pengarah video tersebut untuk mengajarnya cara untuk merokok.

Video tersebut terus menjadi perbualan peminat di media sosial, di mana rata-ratanya memuji idola itu yang dengan jelas telah membuktikan bahawa dia tidak pernah merokok sebelum ini.

Malah, video yang dikongsi itu juga lantas mendapat lebih 1.2 juta tontonan dalam masa sehari.

Dah la kacak, tak merokok pulak tu! Memang terbaik la Cha Eun-woo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.