Bah di Kelantan, 527 keluarga berlindung di pusat pemindahan setakat 8 malam

7 Dec 2023 • 10:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA BHARU, 7 DIS:Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurang kepada 1,581 orang daripada 527 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,338 orang daripada 756 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi berbanding sembilan pada pagi tadi.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh menempatkan 640 mangsa daripada 211 keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (108 mangsa daripada 30 keluarga) dan SMK Baroh Pial (224 mangsa daripada 85 keluarga).

Sebanyak 40 mangsa daripada 11 keluarga sedang berlindung di PPS SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok (249 mangsa daripada 71 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (320 mangsa daripada 119 keluarga).

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved