Bah di Kelantan, lebih 6,000 mangsa berlindung di PPS setakat 8 pagi

5 Dec 2023 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA BHARU, 5 DIS: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 orang daripada 296 keluarga; SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881 orang, 629 keluarga); SK Gual To’Deh (813 orang, 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa, 41 keluarga).

Sebanyak 210 orang daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin (131 orang, 55 keluarga); SK Sri Kiambang (345 orang, 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 orang, 22 keluarga).

Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 orang daripada 70 keluarga; SK Lati (223 orang, 62 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang, 260 keluarga); SK Gual Periok (269 orang, 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 orang, 12 keluarga).

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved