Bah di Perak kembali pulih, PPS terakhir ditutup 2 petang tadi

16 Jan 2025 • 5:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 16 JAN: Situasi banjir di beberapa kawasan di daerah Manjung pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, pada 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan semua 31 mangsa membabitkan sembilan keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas lokasi bencana disahkan selamat.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta individu dan badan bukan kerajaan yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang beroperasi,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved