Bah memburuk, kementerian gerakkan jentera bantu mangsa seluruh negara

30 Nov 2024 • 3:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menggerakkan jentera Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bagi misi bantuan banjir di kawasan terjejas bencana itu, di seluruh negara.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata KPN bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pihak berkaitan di lokasi terjejas banjir bagi memberi bantuan sewajarnya.

“Kita memang ada jentera untuk membantu hal banjir dan sebagainya, dan saya (juga) baru balik dari Gua Musang dan Kota Bharu (di Kelantan, yang turut dilanda banjir),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan International Interfaith Peace Conference (IIPC) di sini hari ini.

Keadaan banjir di sembilan negeri semakin memburuk pagi tadi, dengan lebih 120,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain Kelantan yang paling terkesan dengan bencana itu, banjir turut melanda Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Johor, Melaka, Perak dan Selangor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memaklumkan cuti semua menteri dan timbalan menteri dibekukan susulan bencana yang melanda negara ketika ini, dengan semua mereka diarahkan untuk turun ke kawasan bencana untuk membantu.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved