Bahagia Keluar Bersama, Kisah Cinta Mimi Lana & Syafiq Kembali Berputik?

Entertainment
20 Nov 2023 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun sebelum ini kecoh membatalkan majlis perkahwinan seminggu sebelum ia berlangsung, terbaru, tular foto memaparkan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana didakwa keluar bersama kembali.

Video yang sebelum ini dimuat naik oleh seorang individu di TikTok memaparkan pasangan tersebut sedang meluangkan masa bersama di kafe telah pun dipadam.

image is not available

 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meluahkan rasa gembira jika benar pasangan selebriti itu kembali bersama.

Bahkan ada yang mendakwa Syafiq serta Mimi pergi menontong wayang bersama-sama.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, pengumuman sama ada mereka sudah kembali bercinta masih belum diketahui kerana kedua-duanya masih ‘mengunci mulut’.

image is not available 3 months ago

Pembatalan Majlis Nikah Mimi Lana & Syafiq Kyle Bukan Dibuat Saat-Saat Akhir, Ini Penjelasan Sebenar....