Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

LocalCars
16 Dec 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya terbabas di Jalan Sungai Rambai, Kuala Langat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kejadian pada jam 3.20 petang itu membabitkan Porsche Panamera dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an.

"Hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam ke Jenjarom.

"Setibanya di lokasi, pemandu menggunakan telefon bimbit untuk membuka aplikasi Google Maps lalu peranti itu terjatuh ke bawah kerusi," katanya.

Mohd Akmalrizal berkata, ketika cuba mengambil telefon bimbitnya pemanduan mangsa hilang kawalan ke kiri dan terbabas melepasi parit sebelum terhenti atas tebing.

"Pemandu tidak mengalami cedera dan mempunyai lesen memandu yang sah.

View Original Article