Bahang Bola Sepak Makin Panas. U Mobile Bagi Unlimited Streaming 104 Perlawanan Di RTMKlik & Peluang Menang Trip Bola Impian RM250,000

LocalFootball
12 Jun 2026 • 6:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perlawanan bolak sepak terbesar tahun ni baru sahaja bermula, tetapi bahangnya sudah mula dirasai di seluruh dunia.

Antara aksi yang mencuri perhatian ramai peminat bola sepak tentunya kemenangan Mexico 2-0 ke atas Afrika Selatan. Dengan sorakan penyokong yang bergema di stadium dan pelbagai detik mendebarkan dengan layangan 3 kad merah, perlawanan itu seakan memberi isyarat bahawa perlawanan musim kali ini bakal menyajikan lebih banyak drama, kejutan dan momen yang akan dikenang untuk tempoh yang lama.

Bagi peminat bola sepak, inilah tempoh di mana waktu tidur sanggup dikorbankan semata-mata untuk menyaksikan pasukan kegemaran beraksi. Mana tidaknya, setiap perlawanan boleh jadi penentu, setiap gol boleh jadi sejarah.

Sebagai Penaja Penyiaran Rasmi Di RTMKlik, U Mobile kini membawakan pengalaman menonton yang lebih menarik untuk rakyat Malaysia menerusi kempen Ultra Football Fest.

Tonton Semua Aksi Dengan Streaming Tanpa Had Dengan U Mobile

Image from: Bahang Bola Sepak Makin Panas. U Mobile Bagi Unlimited Streaming 104 Perlawanan Di RTMKlik & Peluang Menang Trip Bola Impian RM250,000

Sepanjang kejohanan berlangsung, pelanggan U Mobile boleh menikmati penstriman tanpa had untuk menonton perlawanan bola sepak terbesar tahun ini menerusi RTMKlik.

Lebih menarik, pelanggan tidak perlu risau tentang penggunaan data kerana mereka boleh menikmati penstriman percuma tanpa had data dengan kelajuan tanpa had untuk setiap perlawanan.

Ini bermakna sama ada anda sedang menonton di rumah, ketika dalam perjalanan atau sedang lepak bersama rakan-rakan, setiap jaringan, sepakan penalti dan detik mendebarkan boleh dinikmati tanpa gangguan.

Tonton Bola Sambil Rebut Pelbagai Hadiah Lumayan

Image from: Bahang Bola Sepak Makin Panas. U Mobile Bagi Unlimited Streaming 104 Perlawanan Di RTMKlik & Peluang Menang Trip Bola Impian RM250,000

Selain pengalaman menonton yang lebih lancar, U Mobile turut memberi ganjaran kepada peminat bola sepak menerusi kempen Ultra Football Fest.

Dengan mendaftar atau menaik taraf ke pelan baharu ULTRA Postpaid, ULTRA Prepaid atau U Home 5G, ataupun membeli peranti terpilih, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Paling mencuri perhatian sudah tentunya hadiah utama berupa ULTRA Dream Football Tour bernilai RM250,000 untuk satu skuad yang terdiri daripada empat orang.

Bayangkan dapat merasai sendiri pengalaman bola sepak bertaraf dunia bersama geng bola anda.

Bukan itu sahaja, terdapat juga empat hadiah ULTRA Home Stadium Makeover bernilai RM50,000 setiap satu yang boleh mengubah ruang tamu menjadi seperti stadium mini untuk menikmati perlawanan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Malah, U Mobile turut menawarkan pelbagai hadiah bertaraf dunia termasuk 50 unit Samsung Galaxy S26 Ultra, 100 unit Smart 65” Crystal UHD 4K Smart TV serta 500 jersi rasmi pasukan Piala Dunia 2026.

Masa Untuk Nikmati Demam Piala Dunia Dengan Lebih Meriah

Dengan aksi-aksi menarik yang semakin rancak dan lebih banyak perlawanan besar menanti, inilah masa terbaik untuk menikmati kemeriahan perlawanan bola sepak terbesar tahun 2026 tanpa sebarang gangguan.

Sama ada anda penyokong tegar yang tidak pernah terlepas satu perlawanan atau sekadar mahu merasai suasana kejohanan terbesar bola sepak dunia, U Mobile kini memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati setiap detik penting dengan lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Ultra Football Fest, layari U Mobile Ultra Football Fest.

The post Bahang Bola Sepak Makin Panas. U Mobile Bagi Unlimited Streaming 104 Perlawanan Di RTMKlik & Peluang Menang Trip Bola Impian RM250,000 appeared first on Oh! Media.