Baharuddin dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

12 Jan 2023 • 1:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Baharuddin Ahmad.

Beliau mendahului senarai 250 penerima pingat pada sesi kedua Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) 2022 yang berlangsung di Istana Negara.

Sesi pertama istiadat berkenaan diadakan pada Selasa lepas.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGPP kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, pada istiadat hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada 46 penerima, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (59 penerima), Darjah Kesatria Pasukan Polis (lima penerima) dan Darjah Kebesaran Bentara Pasukan Polis (137 penerima).

Antara yang turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. -Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved