Bahasa kekal aktif laksana aktiviti penulisan

16 Oct 2025 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) terus bergerak aktif dalam memperkukuh kegiatan penulisan dan sastera di negeri ini walaupun presidennya Datuk Jasni Matlani mengambil keputusan berehat bagi menumpukan pengajian di Universiti Malaya.

Jasni yang sekian lama menerajui Bahasa berkata keputusan itu diambil bagi memberi ruang untuk memperdalam ilmu dan membolehkan tenaga baharu memimpin organisasi buat sementara waktu.

“Saya mahu meluangkan masa bersama keluarga dan pada masa sama memberi peluang kepada barisan kepimpinan lain meneruskan perjuangan Bahasa,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sepanjang tempoh ketiadaan beliau Timbalan Presiden Datuk Sitti Rahmah G Ibrahim akan memangku tugas sebagai Presiden dengan dibantu Naib Presiden I Abd Karim Gulam dan Naib Presiden II Juri Durabi.

Mereka bersama barisan jawatankuasa lain akan meneruskan pelbagai aktiviti termasuk bengkel penulisan, wacana ilmiah dan program kesusasteraan bagi memastikan momentum perjuangan bahasa dan sastera di Sabah tidak terhenti.

Terdahulu Bahasa yang telah bertapak lebih setengah abad kekal sebagai wadah penting dalam memperjuangkan bahasa dan sastera kebangsaan serta menjadi jambatan antara dunia akademik dan kreatif di negeri ini.

Menurut pemerhati sastera tempatan kekuatan Bahasa tidak bergantung kepada seorang pemimpin semata-mata tetapi semangat kolektif penulis yang terus menghasilkan karya mencerminkan kehidupan masyarakat Sabah.