
Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani membuat laporan polis pada Isnin, menafikan kenyataan seorang pemimpin persatuan penulis di Sabah, yang disifatkannya berbaur fitnah.
Jasni meminta individu itu menghantar surat permohonan maaf kepada beliau dalam tempoh seminggu, selain kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ketua Pengarah DBP dan Menteri Pendidikan Malaysia, Fazlina Sidek.
“Saya memberi peluang kepada beliau untuk memohon maaf, kerana segala kenyataan beliau (pemimpin persatuan berkenaan) yang tersebar luas dalam bentuk surat itu sesungguhnya tidak tepat, berbaur fitnah, bersifat menghasut dan memalukan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Oleh itu beliau mesti berhenti membuat sebarang kenyataan seumpamanya di mana-mana media untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” kata Jasni selepas membuat laporan polis itu di Balai Polis Tanjung Aru, di sini.
Jasni, yang juga Presiden Komunitas Puisi Esei Asean, berkata beliau merasa malu dan terbeban secara mental dengan kenyataan fitnah yang sungguh tidak berasas itu.
Beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang jika individu itu tidak menarik balik kenyataannya dan menghantar surat tersebut dalam tempoh diberikan.
