Bahaya Strok Haba Pada Kanak-Kanak, Ketahui Simptom & Cara Pencegahan

Health & FitnessFamily & Parenting
25 Mar 2026 • 1:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bahaya Strok Haba Pada Kanak-Kanak, Ketahui Simptom & Cara Pencegahan

Cuaca yang terlalu panas kebelakangan ini sememangnya membimbangkan semua pihak kerana ia mampu menjejaskan kesihatan orang ramai dan juga rutin harian kita.

Selain itu, risiko untuk terdedah dengan strok haba juga menjadi lebih tinggi sekiranya langkah awal tidak diambil.

Bagi golongan kanak-kanak, mereka lebih mudah untuk terdedah kepada masalah ini disebabkan sistem tubuh badan yang lemah.

Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya tahu apa simptom dan tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan anak anda terkena masalah strok haba.

Tanda-tanda kelesuan haba bagi kanak-kanak

Sebelum gejala strok haba muncul, kanak-kanak biasanya akan menunjukkan tanda dan simptom penyakit berkaitan haba yang lebih ringan seperti kekejangan haba (heat cramps) dan kelesuan haba (heat exhasution).

Keadaan ini sering berlaku selepas kanak-kanak bersenam atau bermain dalam cuaca panas sehingga menyebabkan dehidrasi akibat kehilangan terlalu banyak cecair dan garam melalui peluh.

Tanda-tanda kelesuan haba pada kanak-kanak:

  • Peningkatan suhu badan

  • Kulit berasa sejuk dan lembap walaupun dalam cuaca panas

  • Bulu roma meremang

  • Pengsan, pening atau lemah

  • Berpeluh secara berlebihan

  • Rasa dahaga melampau

  • Mudah meragam atau cepat marah

  • Kekejangan otot

  • Loya dan muntah

Kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mendapat kelesuan haba:

  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obes

  • Mengambil ubat-ubatan tertentu

  • Mengalami sunburn

  • Sedang sakit

Jadi, penting untuk merawat masalah ini dengan segera kerana ia boleh menjadi strok haba. Sekiranya anak anda menunjukkan simptom kelesuan haba, ini apa yang perlu anda buat:

  1. Bawa anak ke tempat yang sejuk dan teduh. Sebaiknya di dalam bangunan atau kenderaan yang berhawa dingin.

  2. Galakkan anak minum minuman sejuk yang mengandungi garam (seperti minuman isotonik).

  3. Letakkan tuala basah yang sejuk atau span pada kulit untuk membantu menurunkan suhu badan.

  • Regangkan atau urut perlahan otot yang sakit jika anak mengadu kekejangan otot pada kaki, tangan atau perut.

  • Simptom strok haba pada kanak-kanak

    Strok haba ialah keadaan penyakit berkaitan haba yang serius yang berlaku apabila badan kanak-kanak menghasilkan lebih banyak haba daripada yang mampu dilepaskan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan suhu teras badan secara mendadak, yang boleh membawa kepada kerosakan otak atau kematian jika tidak dirawat dengan segera.

    image is not available
    Gambar: ImageFX

    Berikut merupakan tanda-tanda strok haba dalam kalangan kanak-kanak termasuk:

    • Suhu badan meningkat ke tahap berbahaya

    • Tidak berpeluh

    • Kekeliruan atau tidak dapat berfikir dengan jelas (disorientasi)

    • Kulit kemerahan, panas dan kering (kulit juga mungkin lembap)

    • Tidak sedarkan diri

    • Loya, muntah, cirit-birit

  • Degupan jantung dan pernafasan yang cepat

  • Sakit kepala yang teruk

  • Sawan

  • Lemah dan/atau pening

  • Baca juga:

    Strok haba ialah satu masalah kecemasan yang perlu segera dirawat. Jadi, jika anak anda berada di luar atau dalam persekitaran yang panas dan menunjukkan simptom strok haba, dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.

    Ambil tindakan berikut secepat mungkin:

    • Bawa anak masuk ke dalam bangunan atau ke tempat teduh dan tanggalkan pakaian berlebihan.

    • Mulakan proses menyejukkan badan dengan segera, contohnya merendam anak di dalam tab mandi berisi air sejuk.

    • Jika tiada tab mandi, tuam badan dengan tuala sejuk pada sebahagian besar tubuh dan kerap tukarkan tuala tersebut.

  • Elakkan memberi minuman kecuali anak berada dalam keadaan sedar dan responsif.

  • Strok haba pada bayi

    Strok haba pada bayi jarang berlaku tetapi sangat berbahaya. Membiarkan bayi atau kanak-kanak berada di luar terlalu lama dalam cuaca panas, menaiki kenderaan yang panas atau duduk dalam kereta yang diparkir boleh menyebabkan suhu badan mereka meningkat dengan cepat.

    Oleh kerana bayi dan kanak-kanak yang sangat muda tidak dapat memberitahu bila mereka rasa tidak selesa, perhatikan tingkah laku luar biasa atau simptom yang membimbangkan seperti:

    • Gelisah atau tidak tenang

    • Pernafasan cepat

    • Lesu atau kurang bertenaga

    • Mudah meragam atau cepat marah

    • Muntah

    Cara atasi penyakit haba kepada kanak-kanak

    Ibu bapa boleh mengambil langkah mudah untuk melindungi anak daripada keletihan haba dan strok haba. Nikmati aktiviti luar pada waktu yang lebih sejuk, seperti awal pagi atau lewat petang.

    Cuba cari tempat teduh sebanyak mungkin apabila berada di luar, terutamanya semasa berehat atau minum air. Pilih pakaian yang longgar, berwarna cerah dan mampu menyerap peluh berbanding kain kapas tebal.

    image is not available
    Gambar: ImageFX

    Pertimbangkan pakaian pelindung matahari untuk hari-hari apabila anak berada di luar untuk beberapa jam. Akhir sekali, jadualkan rehat minum air yang kerap untuk menyejukkan badan dan mengelakkan dehidrasi.