Baidu, salah satu syarikat gergasi dari China, kini dilaporkan merancang untuk memperluaskan perkhidmatan roboteksi atau perkhidmatan teksi swapandu mereka ke pasaran Malaysia, seawal tahun ini
Dinamakan sebagai Apollo Go, ia dikatakan Baidu telah mulakan perbincangan bersama beberapa rakan kerjasama dalam menawarkan perkhidmatan berkenaan di pasaran Malaysia.

Setakat ini, mereka mempunyai sekitar 1000 kereta swapandu yang digunakan secara aktif. Pelbagai syarikat teknologi kini bersaing dalam menawarkan perkhidmatan roboteksi masing-masing. Untuk makluman, Google sedia mempunyai perkhidmatan Waymo di beberapa bandar di Amerika Syarikat, selain Tesla yang turut ingin melancarkan perkhidmatan Cybercab mereka.
Baidu ingin bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan teksi sedia ada, dalam usaha memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengenalan, selain mengurangkan keperluan aset daripada pihak Baidu.
