Baidu Menyatakan Penawaran Mereka Berjaya Mengatasi ChatGPT Dalam Beberapa Metrik

TechnologyDigital
27 Jun 2023 • 6:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baidu, salah satu enjin carian terkemuka di China dan juga syarikat internet gergasi di negara tersebut, kini menyatakan model Ernie AI yang dibangunkan mereka telah pun mengatasi ChatGPT yang dibangunkan OpenAI dalam beberapa metrik utama.

Baidu menyatakan model mereka telah mengatasi penawaran ChatGPT dalam beberapa metrik, terutamanya melibatkan keupayaan bahasa Cina pada GPT-4. Sebelum ini, Baidu telah perkenalkan Ernie Bot pada Mac lepas, tetapi ia masih ditawarkan dalam bentuk ujian terhad.

image is not available

Baidu turut menyatakan penawaran mereka lebih efisien, dimana beroperasi lebih pantas serta lebih murah. Baidu menyatakan model baharu kecerdasan buatan mereka tersebut akan menyokong pemalam pihak ketiga seperti yang sedia disokong ChatGPT sebelum ini.

Arena kecerdasan buatan kini menerima perhatian ramai, dan pelbagai pihak berlumba dalam mengatasi satu sama lain melalui model masing-masing. Di China sendiri, selain Baidu, Alibaba dan Tencent juga sedang bangunkan penawaran model masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved