“Baik Je Layan …” – Tak ‘Awkward’ Layan Peminat Nak Bergambar, Netizen Puji Sikap Mesra Neelofa

11 Nov 2022 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama Neelofa bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tempatan dan semestinya apa yang dilakukan menjadi perhatian orang ramai.

Meskipun sangat dikenali, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, sering kali dipuji kerana keperibadiannya yang sangat merendah diri apabila bertemu peminat.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara itu memuat naik satu video di laman TikTok miliknya pergi ke sebuah restoran ‘fast food’ terkenal bersama suami PU Riz.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila permintaan pekerja restoran itu untuk bergambar disambut baik oleh Neelofa dan suami.

Sikap ‘humble’ yang ditunjukkan oleh kedua pasangan selebriti itu mendapat pujian warganet di mana rata-ratanya menyifatkan mereka sebagai mesra dan tidak sombong dengan peminat.

“Neelofa ni sebenarnya tak sombong pun..baik dan layan je peminat-peminat dia,” ujar seorang netizen.

“Baik je Neelofa layan peminat,” kata seorang lagi warganet.

image is not available Untuk info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail pada tahun 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Bilal.

image is not available 2 hari lalu

"Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh. Ok?" - Neelofa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved