“Baiknya Dia” – Park Shinhye Pujuk, Video Kim Jiwon Menangis Ketika Rakaman ‘The Heirs’ Kembali Tular

Entertainment
18 Apr 2024 • 8:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang pernah layan drama “The Heirs” yang ditayangkan pada 2013 dahulu?

Dengan populariti Kim Ji-won yang semakin meningkat kini, seorang netizen telah memuat naik kembali video pelakon wanita itu ketika penggambaran drama “The Heirs”.

Khususnya menerusi video yang dikongsi, ada adegan di mana Kim Ji-won perlu menampar Lee Min-ho dan dia berasa sangat bersalah sehingga menangis.

Turut ada di lokasi penggambaran, Park Shin-hye terus datang menenangkan Kim Ji-won sambil berkata,

Lihat saya.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan di laman X dengan komen yang ditulis,

  • Baiknya Park Shin-hye.
  • Kim Ji-won masih seperti bayi ketika itu.
  • Park Shin-hye tidak begitu tua dari Kim Ji-won tetapi dia memang seorang senior yang hebat.
  • Kim Ji-won mesti terharu sangat bila Park Shin-hye cuba menenangkannya seperti itu.
  • Semua yang pernah berlakon dalam ‘The Heirs’ adalah pelakon popular sekarang.
  • Kim Ji-won mesti baik sangat orangnya dalam kehidupan sebenar.

Tak sangka dah lebih 10 tahun berlalu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.