
Kota Kinabalu: Seramai 28 orang usahawan makanan menyertai pertandingan ciptaan inovasi Pitch Borneo 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.
Dalam program yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif itu, usahawan terbabit mempamerkan hasil ciptaan mereka yang bertemakan Inovasi Sekuriti Makanan.
Usahawan dari empat zon iaitu Pantai Barat, Pedalaman Atas dan Bawah serta Pantai Timur itu turut terlibat dalam bengkel keusahawanan di program anjuran Persatuan Usahawan Terknologi (Sata) tersebut.
Ariffin berkata, pihaknya sentiasa menyokong program seumpama itu yang dilihat mampu melahirkan ramai usahawan inovatif khususnya dalam bidang sekuriti makanan bagi kelestarian bekalan makanan di Sabah.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Katanya, penganjuran Pitch Borneo yang dahulunya dikenali sebagai ‘Sabah Got Ideas’ sejak 12 tahun lalu di bawah Sata telah berjaya membantu ramai usahawan tempatan merealisasikan idea perniagaan mereka.
Menurutnya, selain dana kementeriannya, Ptich Borneo turut mendapat dana tambahan sebanyak RM100,000 daripada Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah untuk diserahkan kepada usahawan berjaya di program itu tahun ini.
“Difahamkan melalui program Pitch Borneo sejak 12 tahun lalu, seramai 112 usahawan telah menerima dana RM20,000 setiap seorang dan telah memperkasakan 1,400 usahawan antaranya idea Arnab Village dan Kundasang Aqua Farm.
“Justeru, kita termasuk agensi berkaitan lainnya akan terus membantu Sata di atas usaha murni ini seterusnya memantau dari aspek bimbingan berterusan kepada usahawan terbabit.
“YAB Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Mohd Noor) juga telah meminta kita untuk menyelaras program berkaitan bersama agensi kerajaan lainnya yang mempunyai hubungkait dengan pembangunan usahawan,” katanya.
Terdahulu, produk inovasi Microbella berasaskan baja mikrob kulit pisang oleh pasangan Jimar Zamri dan Siti Subaidah Suod terpilih menjuarai Pitch Borneo sekaligus meraih hadiah utama RM35,000.
Hadir sama Presiden Sata, Saverinus Kitingan dan Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

