Baja prebiotik dibangunkan hasil kerjasama agensi, universiti tempatan

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 5:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Baja prebiotik dibangunkan hasil kerjasama agensi, universiti tempatan

PETALING JAYA: Baja diperkaya prebiotik khusus untuk tanaman nanas kini sedang dibangunkan menerusi kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Pretech Global Sdn. Bhd.

Kerjasama itu dilaksanakan dengan menggabungkan kepakaran industri, penyelidikan serta teknologi dalam usaha menghasilkan penyelesaian input pertanian yang lebih bersasar.

Nafas dalam satu kenyataan berkata, kerjasama ini selari dengan aspirasi Pelan Reformasi NAFAS (PRN) 2.0 yang menekankan pengukuhan rantaian nilai, perluasan peluang perniagaan dan pembangunan ekosistem pertanian yang memberikan manfaat lebih besar kepada komuniti peladang.

“Ia merupakan langkah strategik untuk menghubungkan sumber, industri, teknologi dan pasaran dalam membina rantaian nilai pertanian yang lebih kukuh dan berdaya saing, sekali gus membuka peluang ekonomi yang lebih luas malah memperkukuh ekosistem pertanian demi manfaat yang lebih menyeluruh kepada peladang dan keterjaminan makanan negara.

“Nafas akan terus memanfaatkan kekuatan rangkaian Pertubuhan Peladang dan syarikat subsidiarinya untuk membina lebih banyak jaringan strategik, membuka peluang pasaran dan memperkukuh keupayaan sektor pertanian negara,” katanya.

Katanya, kerjasama strategik itu merupakan salah satu kerjasama dimeterai dengan bernilai RM355.6 juta dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026. Majlis pemeteraian kerjasama itu disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Nafas berkata, pihaknya turut memperluas jaringan kerjasama strategik dengan memberi tumpuan kepada penerokaan sumber bahan mentah bagi memperkukuh rantaian bekalan baja, selain meneroka potensi pengedaran urea ke pasaran Australia.

“Kerjasama bersama Phosphate Resources Limited (PRL) itu dilihat membuka ruang kepada pihak kami untuk mempelbagaikan sumber input pertanian, di samping mengukuhkan jaringan perdagangan strategik antara Malaysia dan Australia.

“Selain itu, kerjasama Nafas bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjalinkan Kerjasama menerusi pembekalan dan pengedaran produk segar, makanan sejuk beku serta Produk Makanan Ehsan PKPS.Kerjasama tersebut dijangka memperluas jaringan perniagaan dan saluran pasaran menerusi kekuatan rangkaian kedua-dua organisasi,” katanya.

Ketiga-tiga kerjasama strategik utama bernilai RM355.6 juta itu dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026. – UTUSAN

The post Baja prebiotik dibangunkan hasil kerjasama agensi, universiti tempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved