Bajet 2023: 4 pengumuman yang bakal rancakkan industri kereta elektrik Malaysia

Cars
7 Oct 2022 • 7:49 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Industri kereta elektrik (EV) juga tidak ketinggalan mendapat perhatian kerajaan sewaktu pembentangan Bajet 2023. Sebanyak 3 pengumuman penting telah dikongsikan Menteri Kewangan pada sesi tersebut.

Pengumuman pertama adalah pelanjutan pengecualian cukai import dan duti eksais ke atas EV import sepenuhnya. Pertama kali pengecualian diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2022 lalu,insentif tersebut dijadualkan tamat pada 31 Disember 2022. Berdasarkan maklumat terbaharu, tarikh tersebut telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2023.

image is not available

Inisiatif ini pastinya merancakkan lagi aktiviti mengimport kenderaan EV ke dalam Malaysia dan dalam pada yang sama mengekalkan harga kenderaan EV sedia ada pada paras lebih mampu milik. Contohnya, Hyundai Ioniq 5 yang dilancarkan tak lama dulu dijual pada harga bermula RM199,888.

Lagi bagi menagalu-alukan kemasukkan EV CBU daripada luar negara, kerajaan turut mengumumkan pengecualian FI Approved Permit (AP) sehingga 31 DIsember 2023.

image is not available

Ekosistem EV tempatan juga bakal lebih mengukuh dengan pengumuman dua lagi perkara menarik. Salah satunya adalah pengilan peralatan pengecasan EV menerima pengeucalian cukai pendapatan 100% untuk pendapatan berkanun tahun taksiran 2023 hingga 2032 (10 tahun). Tak terhad di situ, golongan ini juga menerima elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100%.

image is not available

TNB pula tidak ketinggalan menyertai usaha menyuburkan industri EV. Mereka akan memasang panel solar di lokasi-lokasi terpilih dan menyediakan lebih banyak stesen pengecas EV di seluruh negara.

image is not available