BAJET 2023: Duti Eksais Produk Cecair Nikotin Diperkenal

24 Feb 2023 • 5:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

BAJET 2023: Duti Eksais Produk Cecair Nikotin Diperkenal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bahawa duti eksais untuk produk cecair dan gel nikotin akan diperkenalkan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

image is not available

”Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit.

”Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape,” katanya.

Kerajaan juga menyokong penuh ikhtiar Endgame Generational (EG) dan bersetuju separuh hasil duti eksais yang dikutip akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.

Ia sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang diberikan.

Bagi mengurangkan ketirisan, usaha penguatkuasaan agensi Kerajaan akan terus dipergiat bersama-sama pihak industri bagi
mengekang ketirisan hasil dan subsidi angkara sindiket penyeludupan seperti diesel, arak dan rokok.

Sumber: BERNAMA TV