Bajet 2023: Kadar RMT naik RM1

LocalPolitics
7 Oct 2022 • 4:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menambah baik program Rancangan Makanan Tambahan dengan menaikkan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada RM3.50 bagi kawasan Semannjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula ditingkatkan dari RM3 ke RM4.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan itu akan berkuat kuasa pada Oktober 2022.

“Sejumlah RM777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada tahun 2020 atas perluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved