Bajet 2023: Kerajaan digesa naikkan harga rokok

6 Oct 2022 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Subbarow

GEORGETOWN - Kerajaan digesa menaikkan harga dan cukai rokok menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat bagi mengurangkan amalan serta tabiat merokok dalam kalangan rakyat khususnya golongan muda.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SV Subbarow berkata, statistik ketika ini menunjukkan negara mempunyai kira-kira tujuh juta perokok manakala kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion untuk merawat tiga penyakit berkaitan merokok utama pada 2020.

Menurutnya, sekiranya harga rokok dinaikkan, jumlah perokok akan berkurangan.

Tinjauan CAP mendapati, seorang perokok membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk pembelian rokok malah kebanyakkan mereka adalah daripada kumpulan B40.

"Sekiranya kerajaan menaikkan cukai dan harga rokok, kita yakin amalan menghisap rokok akan mula berkurangan termasuk risiko penyakit yang dihadapi. Perokok tegar akan berfikir terlebih dahulu untuk membeli sekotak rokok jika harganya tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Subbarow berkata, ketika ini, dianggarkan kira-kira 20,000 kematian dilaporkan disebabkan merokok setiap tahun di negara ini.

"Ada bukti menunjukkan kenaikan harga rokok akan mengurangkan penggunaan rokok dan dalam jangka panjang, perokok lebih cenderung untuk berhenti merokok.

"Antara negara yang telah menguatkuasakan kenaikan cukai rokok termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei sekali gus ia wajar dicontohi Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved