Bajet 2023: Motac mohon bantuan, subsidi buat pemain industri pelancongan

20 Aug 2022 • 4:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIMUNJAN (Sarawak): Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berharap lebih banyak bantuan serta subsidi diberikan buat pemain industri pelancongan menerusi Bajet 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri(gambar), berkata perkara itu harus dipertimbangkan Kementerian Kewangan (MOF) lebih-lebih lagi dalam mengambil kira impak positif industri pelancongan kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.

Selain itu, beliau berharap fokus turut diberikan kepada usaha menaik taraf prasarana pelancongan negara supaya lebih berkualiti.

“Saya minta perkara ini diambil perhatian kerana jika industri pelancongan dibantu secara tidak langsung aktiviti dalam sektor lain seperti pengangkutan, makanan serta jualan akan lebih baik kerana mobiliti pelancong.

“Apabila ini semua berlaku, ekonomi negara secara keseluruhannya akan lebih rancak dan bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis pelancaran Esplanade Simunjan, di sini, hari ini.

Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Bajet 2023 akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia serta mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar.-Bernama

View Original Article