Bajet 2023: Pasukan khas PDRM banteras kes seksual, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, 5 info perlu tahu

24 Feb 2023 • 8:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus prihatin akan keselamatan masyarakat. Salah satu isu yang membimbangkan ialah berkaitan wanita dan kanak-kanak.

Di bawah isu menangani isu-isu rakyat, Perdana Menteri mengumumkan beberapa pembaharuan sebagai strategi menangani masalah sosial yang semakin meruncing.

image is not available
Kredit foto: Twitter Anwar Ibrahim

image is not available

Berikut lima info wanita perlu tahu:

1-Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak.

2-Sebuah pasukan khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

3-Pihak berkenaan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terlibat.

4-Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak.

5-Ia akan berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi