Bajet 2023 utama kebajikan Keluarga Malaysia: PM

LocalPolitics
15 Aug 2022 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia (PERTAMA) pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bajet 2023 yang akan dibentang pada Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ia juga akan mengambil kira kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini. "Alhamdulillah, selepas hampir setahun menerajui pentadbiran negara, saya gembira melihat prestasi ekonomi negara kini berada di landasan kukuh untuk kembali pulih dan berdaya tahan. "Jumaat lepas, Bank Negara mengumumkan prestasi suku kedua ekonomi negara pada tahun ini yang berkembang sebanyak 8.9 peratus dengan disokong kegiatan ekonomi yang kembali normal,” katanya berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini pada Isnin. - Bernama AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved