Bajet 2024: Dasar Peluang Kedua untuk belia bawah 40 tahun yang ada hutang tidak lebih RM200,000

Politics
13 Oct 2023 • 4:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju memperluaskan Dasar Peluang Kedua kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang punyai hutang tidak melebihi RM200,000, tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat Julai lalu, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebankrapan.

“Hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 juga telah melepaskan secara automatik daripada pengisytiharan muflis bagi kes-kes semasa dan terkebelakang yang memenuhi syarat,” katanya ketika membentang Bajet 2024 di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, fungsi Jabatan Bantuan Guaman juga akan diperkasa bagi membela nasib golongan susah agar mereka mendapat keadilan yang saksama. – 13 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved