Bajet 2024: Kerajaan kurangkan duti hiburan dan sediakan RM160 juta untuk industri kreatif

13 Oct 2023 • 5:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kerajaan menyediakan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi manfaat penggiat seni selain mengurangkan jumlah duti hiburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan keputusan kerajaan negeri Selangor yang menurunkan kadar duti hiburan, kerajaan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.

“Ia adalah pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan. Pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

“Pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan,’’ katanya.

Anwar turut menyeru kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan selain merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara. – 13 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved