
Kota Kinabalu: Bajet 2023 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama” merangkumi latar belakang Sabah yang berpelbagai, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya.
Beliau berkata peruntukan RM6.3 bilion untuk Sabah termasuk bagi golongan rentan yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan miskin selain wanita.
