Bajet Selangor: Anak Selangor lanjut pengajian ke IPT diiktiraf dapat bantuan RM1,000

10 Nov 2023 • 5:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan meneruskan insentif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi HPIPT, bantuan RM1,000 diberikan khusus kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf.

“Ia bermula dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Antara syarat kelayakan ialah keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. - 10 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved