Baju bekas suami bercampur dengan wanita lain, ibu Shila Amzah ‘londehkan’ penyondol

22 Aug 2023 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rumah tangga selebriti terkenal era 80an, Datuk Amir Amzah atau biasa disapa ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman telah menjadi sorotan apabila ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu mendedahkan bahawa dia sudahpun sah bercerai pada 8 Ogos lalu.

Selepas berdiam diri dan tidak banyak membuka mulut berkenaan rumah tangganya, Fauziah akhirnya menulis satu hantaran panjang lebar berkenaan kemelut rumah tangganya dengan ND Lala.

BFF anak sendiri rampas suami

Ujarnya, perkahwinan mereka menemui noktah selepas 34 tahun bersama disebabkan kehadiran seorang wanita yang seusai dengan anak sulungnya dan mereka juga berteman rapat sejak tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Perempuan yang telah dianggap seperti anak sendiri tergamak merampas suaminya dan sudahpun bernikah dengan bapa kepada anak-anaknya sejak beberapa tahun lalu.

image is not available

Suami banyak keluar dari rumah

Selepas melalui susah senang bersama, sekitar tahun 2016 bermulalah episod pergolakan rumah tangga antara dia dan bekas suami apabila selebriti 80an itu kerap keluar dari rumah sehingga berminggu-minggu. Kemuncaknya, pada banjir besar penghujung tahun 2021.

Pertolongan sebagai seorang ketua keluarga ketika waktu sukar tersebut langsung tidak ada walaupun mereka mengalami kemusnahan harta benda yang cukup banyak.

Fauziah juga menjelaskan bahawa bekas suaminya telah menghilangkan diri hampir setahun namun tiba-tiba sahaja muncul sewaktu malam semifinal dan final Gegarvaganza yang disertai Shila.

image is not available

Jumpa baju bercampur dalam bagasi

Satu demi satu mulai terbongkar apabila Fauziah menemui campuran baju bekas suami dan wanita lain di dalam satu bagasi.

Apa yang membuatkan dia begitu ralat adalah anak lelakinya telah dituduh mencuri kereta wanita yang dipercayai isteri baru bekas suaminya sewaktu membantu mengambil kereta di Kedah.

image is not available

Anak pula dituduh curi kereta wanita itu

Fauziah menjelaskan yang anaknya telah mendapat panggilan daripada pihak polis kerana wanita berkenaan telah membuat laporan bahawa keretanya dilarikan sedangkan kenderaan tersebut dibawa oleh ND Lala dan diparkir berbulan-bulan di hadapan rumah.

Tak hanya itu, anak lelakinya telah dipaksa memulangkan sendiri kereta kepada wanita terbabit dan diminta mengaku kesilapan menandatangani surat dihadapan bapanya sendiri sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

 

image is not available

Sebagai pengajaran kepada wanita lain

Coretan yang dibuat bukanlah untuk meraih simpati tetapi sebagai satu perkongsian buat semua perempuan diluar sana agar berhati-hati dengan sesiapa sahaja walaupun sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Ujarnya, dia menerima takdir diceraikan selepas melalui susah senang dalam perkahwinan mellaui kiriman mesej suara pada 8 Ogos lalu yang lafaznya dibuat pada 2 Ogos iaitu beberapa hari sebelum ND Lala menikahkan sendiri anak sulungnya.

image is not available

Perkongsian Fauziah ini telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata berasa sedih dengan apa yang dilalui.

Mereka medoakan agar ibu kepada Shila Amzah ini kuat menghadapi dugaan dan berharap supaya ‘penyondol’ sedar akan tindakan yang dilakukan sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Sumber: Instagram mamazie68