“Baju, Kasut Tak Sesuai” – Lincah ‘Hiking’ Di Bukit Cermin, Pakaian Ebit Lew Pula Jadi Bahan Kritikan Netizen?

28 Jul 2022 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi aktiviti harian serta kebajikan yang dilakukannya di media sosial.

Baru-baru ini, Ebit dilihat ada menyertai aktiviti lasak mendaki bukit di Tasik Cermin, Setia Alam seperti yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam pada itu, ada netizen tampil ‘menegur’ Ebit supaya memakai pakaian dan kasut yang lebih sesuai untuk melakukan aktiviti lasak.

Ini berikutan dalam video berkenaan, Ebit dilihat memakai jubah panjang berwarna ‘maroon’.

Salah pakai baju tu ustaz. Memang berlecak lah. -netizen

Ada juga yang seriau melihat Ebit begitu lincah ketika menuruni bukit selain netizen memberikan idea untuk membuat baju jubah ‘hiking’ pula selepas ini.

Hati-hati Ustaz Ebit, risau tengok!

image is not available 2 bulan lalu

Netizen ‘Petik’ Nama Ebit Lew, Lelaki Tua Hidup Sebatang Kara Dari Kedah Akhirnya Dibantu