Beberapa hari lalu, tujuh unit rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, Chukai, Kemaman dilaporkan terbakar. Dalam insiden yang berlaku pada Sabtu lalu itu menyebabkan seorang lelaki berusia 53 tahun melecur pada bahagian tangan.
Kebakaran yang dilaporkan berlaku pada pukul 7.55 pagi itu turut menyebabkan tiga buah kereta serta sebuah motosikal milik penduduk terlibat hangus.
Salah seorang mangsa kebakaran rumah, Alieyza Busana berasa hiba dan sebak melihat keadaan rumahnya. Menerusi hantaran di TikTok, Alieyza memaklumkan dua komputer riba anak-anaknya terbakar dan tidak dapat diselamatkan.
Bukan itu sahaja, malahan persiapan kelengkapan raya seperti baju hangus dijilat api.
“Allahuakbar! Hiba hati bila masuk ke rumah mencari benda terselamat. Dua biji laptop anak-anak terbakar. Semua baju raya dan kelengkapan raya habis hangus, hanya dapat menatap bukan untuk dipakai,” katanya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan antara lima hingga 85 peratus bagi setiap unit rumah.
The post ‘Baju, kelengkapan raya hangus terbakar’ – Mangsa kebakaran rumah di Kemaman appeared first on .



