“Baju Menantu Dihiasi Hampir 200 Ribu Batu Swarovski” – Pengasas Bawal Exclusive Berhabis RM3.5 Juta Demi Majlis Resepsi Anak Lelaki

Women's Fashion
26 Feb 2024 • 10:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Barangkali rasa gembira dapat menjawab perkahwinan anak lelaki dan juga ada menantu baru, pengasas Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri tida kedekut untuk keluarkan wang sebanyak RM3.5 juta bagi majlis resepsi anak lelakinya itu.

Busana berharga setengah juta!

Difahamkan, Haliza telah membayar sebanyak setengah juta hanya untuk busananya serta menantu supaya penampilan mereka dikagumi ramai ketika melangsungkan majlis resepsi di Hotel St Regis Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Menantu Haliza pada malam itu telah memakai busana mewah rekaan Rizman Ruzaini, dimana baju pengantinnya dipenuhi dengan batu-batuan Swarovski sebanyak 189,936 yang dibawa khas dari Austria.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haliza Maysuri (@halizamaysuri)

Dapat hadiah daripada pihak Swarovski

Dalam pada itu, penampilan menantunya yang bernama Sarah itu turut diserikan lagi dengan tiara Swarovski dengan 232 kristal lutsinar direka khas untuk acara Veinna Opera Ball yang merupakan acara terkemuka di Austria.

Haliza meluahkan rasa gembira serta syukur kerana tiara yang dipakai oleh Sarah itu dihadiahkan sendiri oleh pihak Swarovski.

Busana Haliza bernilai RM170,000!

Tidak kalah, Haliza menyatakan busana yang dipakai olehnya pada majlis resepsi itu bernilai RM170,000, dimana ia dihiasi dengan batu Swarovski sebanyak 72,000.

Pereka telah menggunakan teknik ruching draping untuk menghasilkan cape dress tersebut selain menggabungkan tiga warna yang berbeza.

Sekadar info, busana mewah itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan

image is not available 2 months ago

"Kasut Belasan Ribu Pakai Di Kaki Rakyat Malaysia Bangga, Pakai Tudung Mahal Sikit Cakap Riyak" - Founder Bawal Exclusive