
Insiden seperti terpakai baju sama dengan seseorang apabila berada di luar merupakan salah satu perkara yang sering ingin dielakkan.
Tidak tahu mengapa, namun kejadian seperti ini adakalanya boleh membuatkan seseorang berasa malu atau segan apabila mula menyedari terdapat seseorang yang memakai baju sama pada waktu yang sama.
Baju sedondon dengan pekerja restoran buat wanita ketawa
Baru-baru ini, seorang wanita turut berdepan dengan situasi sama apabila baju yang dipakai olehnya ketika berkunjung di sebuah restoran sama dengan baju pekerja kedai terbabit.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Adzlan di TikTok, awalnya kelihatan seorang wanita yang merupakan pelanggan telah masuk ke dalam kedai tersebut.
Sebaik sahaja wanita itu membuka pintu dia kemudian terpandang ke arah pekerja di restoran seperti terkejut.
Baju corak sedondon kotak dan berwarna hitam serta merah
Malah selepas melihat pekerja berkenaan dia lalu melihat bajunya dan menyedari mereka memakai baju yang bercorak sedondon iaitu kotak berwarna hitam dan merah.
Menyedari perkara itu, wanita berkenaan lalu berjalan ke arah meja sambil menutup muka dan ketawa.
Turut kelihatan seorang warga emas turut terhibur dengan insiden yang berlaku.
Baju sama dgn pekerja 😂
Ramai terhibur lihat insiden baju sama, ada yang menyakat suruh kerja
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan insiden berkenaan. Malah ada juga yang turut bergurau apabila melihatnya duduk di tempat makan dan menyuruhnya untuk bekerja.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pelangalaman mereka pernah berdepan dengan situasi sama.
“Ni mesti pertama kali pergi tempat tu, tu yang terpilih baju sama tapi tak apa yang penting pakai apron. Minta diskaun sikit”

“Yang tak tahan masuk-masuk terus pandang baju budak tu sama dengan dia”

“Takut dia kena tegur dengan manager kenapa join pelanggan makan ni”


