Baju Putih Jadi Kuning, Ini Cara Hilangkan Kesan Peluh Dengan Mudah

Home & Living
1 Apr 2026 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baju Putih Jadi Kuning, Ini Cara Hilangkan Kesan Peluh Dengan Mudah

Memakai baju berwarna putih memang nampak kemas dan bergaya, namun ia juga mudah terdedah kepada kesan peluh terutama di bahagian ketiak dan leher.

Masalah ini sering berlaku apabila peluh bercampur dengan deodoran lalu meninggalkan tompokan kekuningan yang sukar ditanggalkan.

Lebih mengecewakan, walaupun sudah dicuci berkali-kali, kesan tersebut masih kelihatan seolah-olah sudah melekat kekal pada fabrik.

Justeru, hari ini SK ingin kongsikan cara hilangkan kesan peluh dengan mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan

Untuk makluman pembaca, tip mudah ini diambil daripada portal Popular Science.

Bagi menghilangkan kesan peluh pada pakaian, anda boleh mulakan dengan menyediakan larutan rendaman menggunakan dua cawan air dan satu cawan cuka putih.

Seterusnya, sediakan pes penanggal kotoran dengan mencampurkan setengah cawan soda bikarbonat, satu sudu besar garam dan satu sudu besar hidrogen peroksida.

Cara-cara menghilangkan kesan peluh

Menurut portal Popular Science, mulakan dengan merendam pakaian yang terkena kesan peluh selama kira-kira 30 minit dengan dua cawan air dan satu cawan cuka putih.

Difahamkan, sifat berasid cuka membantu meleraikan sisa peluh dan deodoran yang melekat pada fabrik.

Selepas itu, perah lebihan air daripada pakaian dan bentangkan di atas permukaan yang bersih sebagai persediaan untuk langkah seterusnya.

Seterusnya, gunakan pes penanggal kotoran yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat, garam dan hidrogen peroksida.

Gaul sehingga menjadi pes yang sebati. Kemudian, sapukan pes tersebut pada bahagian yang berwarna kekuningan menggunakan berus gigi lama atau sudu.

image is not available
Kredit: ImageFX

Setelah itu, biarkan selama kira-kira 20 minit supaya ia meresap ke dalam fabrik.

Anda juga dinasihatkan untuk mengsosok perlahan-lahan pada bahagian tersebut bagi membantu menanggalkan kotoran dengan lebih berkesan.

Selepas itu, basuh pakaian menggunakan mesin basuh dengan air panas mengikut suhu yang disarankan pada label penjagaan.

Elakkan menggunakan mesin pengering selagi kesan peluh belum hilang sepenuhnya kerana haba boleh menyebabkan kotoran menjadi lebih degil.

Jika kesan masih kelihatan, ulang semula langkah-langkah tersebut sehingga bersih.

Tip tambahan

Portal Popular Science turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa tip tambahan yang boleh diamalkan seperti menukar kepada deodoran tanpa aluminium kerana kandungan tersebut boleh memburukkan kesan peluh pada pakaian.

Anda juga digalakkan memakai baju dalam yang mampu menyerap peluh atau menggunakan pelindung peluh untuk mengurangkan kesan pada pakaian luar.

Di samping itu, cuba basuh pakaian secepat mungkin selepas dipakai atau sekurang-kurangnya gantung untuk dikeringkan bagi mengelakkan kotoran daripada melekat lebih lama.

image is not available
Kredit: ImageFX

Terdapat juga beberapa cara semula jadi yang boleh digunakan seperti jus lemon yang berkesan untuk pakaian putih, namun perlu dielakkan pada pakaian berwarna kerana boleh menyebabkan warna pudar.

Aspirin pula mengandungi bahan yang membantu meleraikan kotoran apabila bercampur dengan air, manakala garam boleh bertindak sebagai bahan kasar untuk menanggalkan kesan degil tetapi tidak sesuai untuk fabrik lembut.

Selain itu, cahaya matahari juga boleh digunakan kerana sinaran UV bertindak sebagai peluntur semula jadi, lebih-lebih lagi jika digabungkan dengan bahan seperti soda bikarbonat atau cuka.

Baca juga: