Baju Raya ‘Ultraman’ Jadi Perhatian Ramai, Siap Tanya Harga!

LocalEntertainment
4 Feb 2025 • 6:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Walaupun belum masuk bulan Ramadan lagi, tapi percayalah sudah ramai yang mula membeli baju raya untuk seisi keluarga.

Maklumlah, takut baju yang cantik-cantik semua dah habis saiz. Malah, siap ada yang sanggup ‘terbang’ ke Jakarta hanya kerana mahu mencari koleksi baju raya.

Kalau cerita bab baju raya untuk golongan wanita, memang tak terkira banyaknya. Tapi jarang kita tengok baju Melayu dengan rekaan yang pelik-pelik kan?

Baju Melayu Dengan Rekaan Seperti Ultraman Tarik Perhatian

Di kala banyak jenama perniagaan yang sudah mula mempromosikan baju koleksi raya mereka untuk tahun ini, seorang pengguna TikTok (@nabiu_rahman) juga tampil memperlihatkan rekaan baju Melayu yang agak unik.

Baju raya tersebut dilihat menggabungkan elemen karakter adiwira dari Jepun yang cukup terkenal dalam kalangan kanak-kanak iaitu Ultraman.

Kalau siapa yang pernah tengok siri adiwira ini waktu zaman kecil dulu, mesti anda boleh kenal mana satu Ultraman Mebius, Ultraman Tiga, Ultraman Dyna dan sebagainya.

image is not available
Sumber: TikTok (@nabiu_rahman)

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, kesemua model tersebut telah menggayakan busana dengan padanan warna yang hampir sama dengan pelbagai karakter Ultraman seperti merah, hitam, kelabu dan ungu.

Paling best, siap ada corak garisan seperti bentuk suit sebenar serta butang ikonik Ultraman di bahagian dada.

image is not available
Sumber: TikTok (@nabiu_rahman)

Walau bagaimanapun berdasarkan laporan Kosmo, baju ini adalah rekaan semata-mata menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Maaf ya siapa yang teruja nak beli tu, tiada beg kuning setakat ini.

Ramai Lelaki Dewasa Teruja Nak Beli Baju Melayu Berinspirasikan Adiwira Ultraman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat rekaan baju Melayu Ultraman itu sehingga ada yang berpendapat pahlawan zaman dahulu akan ‘menangis’ melihatnya.

“Menitik air mata Hang Tuah kalau tengok,” ujar netizen.

Selain itu, mereka juga berharap agar rekaan baju tersebut tidak dilihat oleh anak-anak mereka.

“Jangan bagi anak aku nampak,” kata pengguna TikTok.

Tetapi sebenarnya, baju tersebut sebenarnya telah diminati oleh ramai golongan lelaki dewasa. Siap ada yang tanya harga dan di mana mereka boleh membelinya.

“Agak-agak la nak pakai baju macam ni. Makin lama makin pelik design baju raya. Kat mana nak order ni? Tak ada beg kuning pun,” kata netizen.

“Pelik-pelik je baju raya sekarang, harga berapa yang purple tu?” tanya netizen.

image is not available
Sumber: TikTok (@nabiu_rahman)

Source: