Baju Singkat Nampak Perut, Video Maria Farida Menari Buat Netizen Terpegun – “Tips Maintain Body Please”

Entertainment
4 Jan 2023 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecantikan pelakon berusia 53 tahun, Maria Farida sering menjadi perhatian media dan ramai peminat kerana dikatakan awet muda meskipun pada usia sebegitu.

Penampilan Maria Farida sering dipuji ramai terutamanya wanita yang pastinya akan meminta tips untuk sentiasa tampil cantik dan nampak muda.

image is not available 3 bulan lalu

"Mana Kakak Mana Adik Ni" - Cantik Di Usia 53 Tahun, Netizen Bandingkan Maria Farida Dengan DSV

Video dimuat naik olehnya di TikTok baru-baru ini turut meraih perhatian ramai warganet apabila dia dilihat memakai baju menampakkan perut dan menari bersama seorang lelaki.

Meskipun ada yang menegur pakaiannya yang dianggap seksi namun ramai yang memuji Maria Farida dan berasa kagum dengan badan serta wajahnya yang tidak seperti wanita usia 53 tahun.

Rata-rata wanita meminta tips daripada Maria Farida dan kebanyakan daripada mereka turut menyindir diri sendiri yang berusia lebih muda namun kelihatan lebih tua daripadanya.

Malah, ramai berpendapat wajah Maria farida langsung tidak berubah sejak dia mula berlakon dulu sehingga ada yang menggelarnya ‘vampire’.

Dari aku kecik muka dia sama je sampai sekarang. Aku yang makin kriput.”

image is not availableimage is not available