Bakal bercuti ke Legoland, Zaquan Adha siap bagi taklimat kepada 7 anak

LocalEntertainment
8 Jan 2025 • 11:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bakal bercuti bersama ahli keluarga yang lain ke Legoland, bekas pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha siap bagi taklimat kepada tujuh anaknya bersama isteri, Ayu Raudhah.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Zaquan atau nama penuhnya Mohamad Zaquan Adha Abd Razak telah memuat naik video gelagat anak-anaknya semasa taklimat itu.

Bakal bercuti ke Legoland, Zaquan Adha siap bagi taklimat kepada anak-anak

Instagram will load in the frontend.

Bekas pemain berusia 38 tahun itu telah meminta anak-anaknya untuk duduk di meja makan sebelum memulakan acara tersebut.

Apa yang mencuit hati ramai adalah anak keenam Zaquan yang tidak duduk diam sebelum taklimat dimulakan sehingga membuatkan bekas pemain itu terpaksa memberikan arahan dengan tegas.

Selepas berjaya mengarahkan anak keenamnya duduk, Zaquan kemudian memulakan taklimat tersebut dan menjelaskan bahawa keluarga mereka akan bercuti ke Legoland, Johor.

Menurut Zaquan, mereka akan bercuti ke Legoland bersama ahli keluarga yang lain namun anak-anaknya hanya boleh menyertai percutian itu dengan beberapa syarat.

Zaquan Adha siap bagi taklimat sebelum bercuti

image is not available

“Kita akan bercuti ke Legoland, sebab apa? Sebab mak ngah ajak kita pergi Legoland. Tetapi dengan syarat. Sebelum pergi Legoland, kalau perangai semua orang tak elok atau siapa-siapa perangai tak elok, daddy tak bawa,” katanya.

Zaquan kemudian menjelaskan jika ada anak-anaknya yang tidak patuh terhadap arahannya, dia tidak akan membawanya ke percutian tersebut.

image is not available

“Kalau tak dengar cakap, daddy tak bawa. Kalau nangis-nangis pun tak dibawa,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang meluahkan rasa terhibur dengan gelagat anak keenam Zaquan yang tidak henti-henti bersuara.

Anak keenam sorang je berani melawan

image is not available

Yang nombor enam tu comel, tak duduk diam

image is not available

Risau nombor enak kena tinggal

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang menumpang rasa gembira melihat anak-anak Zaquan yang ramai dan berkata suasana rumah bekas pemain bola itu pastinya sangat meriah.

Zaquan Adha siap bagi taklimat, meriahnya…

image is not available

Syok anak ramai2, rumah bersih je

image is not available

Sekadar info, Zaquan telah mendirikan bersama Ayu yang juga merupakan pelakon pada 21 Januari 2011 dan pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata.

image is not available

Anak-anak pasangan ini adalah Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, anak keenam yang tidak didedahkan namanya, 1, dan Muhammad Aisy Al Raees, 6 bulan.

Sumber: Instagram zaqone_08

View Original Article