“Bakal Buka Kedai Sendiri” – Ali Puteh Rancak Berniaga Baju Kanak-Kanak Dan Minyak Wangi, Akui Tawaran Berlakon Kurang

16 May 2023 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak Ali Puteh khabarnya sedang aktif berniaga pakaian untuk kanak-kanak dan terbaru, minyak wangi sebagai salah satu cara untuk menyara hidup dan menambah pendapatan.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan bahawa dia tidak menyangka sambutan diberikan pelanggan sangat memberangsangkan meskipun hanya bergantung kepada penjualan di TikTok.

Katanya lagi, dia mengambil keputusan untuk membuat jualan di laman sosial kerana mempunyai anak kecil selain lebih mudah dan menyenangkan.

Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.

Ali juga menyedari bahawa dia sudah tidak menerima banyak tawaran lakonan namun tetap bersyukur kerana dapat menceburi bidang perniagaan.

“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insyallah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi” ujarnya lagi.

image is not available 7 jam lalu

Jep Sepahtu Kongsi Hukum Dosa Besar Jika Sambut Hari Ibu, Ramai Yang Tak Setuju?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved